Usirlah Kekosongan Dengan Kesibukan


Orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup ini, biasanya akan menjadi bahan gossip dan desas-desus yang tidak bermanfaat. Ini kerana akal fikiran mereka selalu melayang-layang tidak tahu arah. dan….

…mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan 
(kerana uzur)…(At-Taubah: 87)
Saat paling berbahaya bagi akal adalah pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa-apa. orang seperti itu, ibarat kereta yang berjalan dengan kecepatan tinggi tanpa pemandu, akan mudah terhuyu-hayang ke kanan dan kiri.


Apabila pada suatu hari anda mendapati diri anda menganggur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih, gundah dan cemas! sebab, keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana; dari mengingati kegelapan masa lalu, menyesal kesialan masa kini, hingga mencemaskan kelamnya masa hadapan yang belum tentu anda alami. dan itu, membuatkan akal fikiran anda tidak terkendali dan mudah terlepas dari kawalan. maka dari itu, membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan membunuh diri dan merosakkan tubuh dengan dadah.


Waktu kosong itu tidak ubahnya dengan seksaan halus ala penjara cina; meletakkan si tahanan itu di bawah paip air yang hanya dapat menitiskan air satu titis setiap minit selama bertahun-tahun. dan dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya seorang akan menjadi stress dan gila.

Menganggur dapat melalaikan diri, dan sunyi dari kegiatan merupakan pencuri profesional, sedangkan akal anda adalah perwira yang akan dapat melawan dan mengoyak pertempuran khayalan ini. 

Kerana itu bangkitlah sekarang juga; kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, mengemas meja kerja, mengemaskan bilik tidur, atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu. 

Bunuhlah setiap waktu kosong dengan ‘pisau’ kesibukan! dengan cara ini, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. lihatlah para petani,nelayan, dan para buruh kasar; mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas! mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil empuk, tetapi selalu gelisah dan mengalirkan air mata kesedihan.






2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    terimakasih berkongsi sesuatu yg sgt baik buat sy..

    ReplyDelete
  2. Walaikum'salam....
    sama2 kasih......

    ReplyDelete